Powered by Blogger.
RSS

Susu ibu

-terima kasih pakcik google-

Pagi ini, sedang membelek-belek halaman facebook, aku terpaku melihat sekeping gambar yang dihantar oleh seorang sahabat nun jauh di sana. Subhanallah...sungguh aku kagum dengan semangat seorang insan yang bergelar ummi ini. Dalam gambar tersebut sungguh banyak bekas-bekas susu yang segar dari seorang ibu yang telah dibekukan. Sahabatku itu mempunyai dua orang cahaya mata yang masih lagi memerlukan susu ibunya untuk membesar sebagai anak yang sihat dan pintar. Dengan sokongan suami yang tidak pernah putus, anak-anaknya membesar dengan susu ibu sepenuhnya.

Teringat semasa kecil, kami berlima beradik tidak pernah diberikan susu selain susu ibu sepanjang dua tahun. Itulah yang termampu diberikan oleh seorang ibu yang tidak bekerja. Mahu membelikan susu formula, semestinya tidak mampu kerana beban hidup yang terpaksa ditanggung. Alhamdulillah, berkat susu ibu kami hidup sihat dan sempurna akalnya.

Di saat ini aku berazam akan menjadikan sahabatku itu suatu contoh yang terbaik untuk hari-hari yang mendatang. Walaupun rezeki untuk dikurniakan cahaya mata belum tiba, InsyaAllah akan kuturuti jua langkah itu suatu masa nanti.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment