Powered by Blogger.
RSS

Susu ibu

-terima kasih pakcik google-

Pagi ini, sedang membelek-belek halaman facebook, aku terpaku melihat sekeping gambar yang dihantar oleh seorang sahabat nun jauh di sana. Subhanallah...sungguh aku kagum dengan semangat seorang insan yang bergelar ummi ini. Dalam gambar tersebut sungguh banyak bekas-bekas susu yang segar dari seorang ibu yang telah dibekukan. Sahabatku itu mempunyai dua orang cahaya mata yang masih lagi memerlukan susu ibunya untuk membesar sebagai anak yang sihat dan pintar. Dengan sokongan suami yang tidak pernah putus, anak-anaknya membesar dengan susu ibu sepenuhnya.

Teringat semasa kecil, kami berlima beradik tidak pernah diberikan susu selain susu ibu sepanjang dua tahun. Itulah yang termampu diberikan oleh seorang ibu yang tidak bekerja. Mahu membelikan susu formula, semestinya tidak mampu kerana beban hidup yang terpaksa ditanggung. Alhamdulillah, berkat susu ibu kami hidup sihat dan sempurna akalnya.

Di saat ini aku berazam akan menjadikan sahabatku itu suatu contoh yang terbaik untuk hari-hari yang mendatang. Walaupun rezeki untuk dikurniakan cahaya mata belum tiba, InsyaAllah akan kuturuti jua langkah itu suatu masa nanti.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pulang ke sarang

Penat..Perjalanan dari Bangi ke Keratong terasa jauh yang amat....tidak seperti perjalanan pulang ke Bangi..Jika ke Bangi, terasa mau terbang myvi putih ini. Lebih-lebih lagi melalui LEKAS yang memang lengang.

Di Bangi, kerja aku cuma mengepow orang tersayang sementara poketnya yang masih lagi tebal. Sesekali ber'blogwalking' menjengah blog-blog masakan yang belum tentu aku merealisasikan menu-menunya kerana masa banyak dihabiskan di restoren yang melata di Bangi. Enak sekali yer sayang makan ala-ala orang Yamen... nanti bulan depan boleh belanja lagi.

Opps...dah 12:00 tengah malam rupanya. Esok dah sekolah. balik lambat lagi, ada perjumpaan dengan Pegawai PPD jam 2 petang. Tido dulu yer.

Semoga mimpi indah......


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerja..kerja..kerja

(Peneman di sekolah)

Assalamualaikum

Kelmarin lewat, semalam pun lewat, hari ni juga sama....Sekarang ni,tiap-tiap hari balik lewat dari sekolah...Mak ai, besar sangat ke jawatan aku kat sekolah tu? Hehehe, taklah...aku ni sekadar guru biasa jer, bukannya jadi guru besar lagi... Hinggakan cikgu yang menumpang aku balik boleh tersengguk-sengguk di perpustakaan....punyalah lama menunggu...kesian pulak aku tengok tapi dah adat menumpang memang kena menunggulah yer...

Apa yang aku buat kat sekolah tu sampai sibuk sangat?Hmmm....kalau boleh aku rasa tak nak balik dari sekolah tu...punyalah banyak kerja yang perlu dibereskan....Nak tau apa kerja yang mengganggu fikiran ni? Sampaikan malam pun termimpi-mimpi..Nanti cerita kemudianlah yer...

Semalam tak lena tidur sebab tercari-cari pendrive entah mana letaknya....Bangun pagi rasa tak sabar nak ke sekolah sebab nak cari. Alih-alih, elok jer duduk kat komputer yang aku guna semalam..Alhamdulillah

Cepatlah Jumaat datang....tak sabar rasanya nak menghirup udara nyaman nun di sana pulak. Esok dah Khamis, lusa Jumaat...yey....bolehlah menghabiskan masa bersama My Luv Ja..

Semoga Jumaat cepat datang.... :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebahagiaan


Gambar ihsan google

(Biarlah keluarga angsa berbahagia)


Assalamualaikum

Apakah erti kebahagiaan pada kita semua? Saya rasa sudah pastinya jawapan adalah berbeza-beza jika ditanya secara umum. Tafsiran kebahagiaan pada setiap insan yang bernama manusia ini semestinya pelbagai. Ada yang menyatakan kemewahan itu lambang kebahagiaan, ada pula yang menyatakan anak-anak yang ramai itu lambang kebahagiaan dalam hidup mereka. Pada saya terpulang kepada pendapat masing-masing.

Hati yang tenang, hutang yang minimum (ye lah, hidup kita ni bukannya semua benda boleh beli pakai 'cash' yer), dianugerahkan kesihatan yang baik, ibu bapa yang penyayang, adik-beradik yang prihatin, kawan-kawan yang menyenangkan merupakan salah satu faktor penyumbang pada kebahagiaan diri. Apa yang penting SUAMI atau pasangan yang sentiasa mencintai dan menyayangi diri yang tidak sempurna ini (betul tak sayang?) :) Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kita semua supaya dapat merasai kehidupan yang indah.

Ermmm...jika dikurniakan cahaya mata, alangkah bertambahnya kebahagiaan hidup ini kan SAYANG?Mintak-mintak dapat kembar comel macam gambar kat atas tu.... :)

Daripada : Yang berBAHAGIA :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eeee...seronoknya


Assalamualaikum


Apa yang seronoknya pada hari ini?

Menurut Pak Long, seorang pakar motivasi daripada Kersani Training Centre, seronok itu ada 3 tahap. Jom sebut sama-sama,dengan penuh perasaan yer....
  1. Eee...seronoknya
  2. Eeeeee...seronoknya (dengan penuh getaran dan menggigil kesukaan)...hehehe
  3. Ya Allah....seronoknya...ummmmpphhh (yang ini paling best,pasti menggeletar urat-urat dalam tubuh)
Sebenarnya Pak Long cuba terapkan dalam jiwa kanak-kanak sekolah ini suatu perasaan yang menyeronokkan apabila datang ke sekolah dan membuat kerja-kerja rumah....Memang seronoklah mendengar ceramah Pak Long nih(macam promosi pulak yer).

Jom kita pakat-pakat aplikasikan "SERONOK" dalam kehidupan,tetapi dengan berlandaskan jalan yang betullah yer....jangan pulak seronok yang terpesong...

Sesungguhnya hidup itu indah,

Jumpa lagi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jiwa tenang hati lapang

Assalamualaikum

Salam permulaan kawan-kawan....

Akhirnya dapat juga blog ini dihasilkan...sukanya....thank u to my darling:My Luv Ja: kerana tolong 'set up' kan blog ini.Walaupun masih lagi belum sempurna kerana My Luv Ja terpaksa bertolak ke Bangi bagi meneruskan rutinnya di sana.Kata pepatah, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.. :)

Semoga dengan terhasilnya blog ini, dapat memberikan manfaat buat diri ini dan juga dapat memanjangkan silaturrahim antara kita semua.

Hidup itu indah,
Jumpa lagi




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS