Powered by Blogger.
RSS

Kebahagiaan


Gambar ihsan google

(Biarlah keluarga angsa berbahagia)


Assalamualaikum

Apakah erti kebahagiaan pada kita semua? Saya rasa sudah pastinya jawapan adalah berbeza-beza jika ditanya secara umum. Tafsiran kebahagiaan pada setiap insan yang bernama manusia ini semestinya pelbagai. Ada yang menyatakan kemewahan itu lambang kebahagiaan, ada pula yang menyatakan anak-anak yang ramai itu lambang kebahagiaan dalam hidup mereka. Pada saya terpulang kepada pendapat masing-masing.

Hati yang tenang, hutang yang minimum (ye lah, hidup kita ni bukannya semua benda boleh beli pakai 'cash' yer), dianugerahkan kesihatan yang baik, ibu bapa yang penyayang, adik-beradik yang prihatin, kawan-kawan yang menyenangkan merupakan salah satu faktor penyumbang pada kebahagiaan diri. Apa yang penting SUAMI atau pasangan yang sentiasa mencintai dan menyayangi diri yang tidak sempurna ini (betul tak sayang?) :) Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kita semua supaya dapat merasai kehidupan yang indah.

Ermmm...jika dikurniakan cahaya mata, alangkah bertambahnya kebahagiaan hidup ini kan SAYANG?Mintak-mintak dapat kembar comel macam gambar kat atas tu.... :)

Daripada : Yang berBAHAGIA :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Post a Comment